Tempahan Majlis Hari Jadi

Semalam masa kemas store tiba tiba ada phone call, kujawab kutanya siapa gerangan. Rupanya seorang doktor dari Johor Baharu nak buat tempahan western food untuk majlis hari lahir isterinya yang tersayang…..
Kata doktor, dia nak semua jenis menu yang kami ada untuk 300 orang tetamu. Hebat benar doktor ni saya pun tak pernah buat majlis hari lahir saya sendiri. Tarikh, tempat, menu dan harga dah ditetapkan, jadi saya perlu menghantar Chef Saipul ke JB untuk menguruskan majlis tersebut. Untuk persediaan banyaklah barang yang nak dipunggah ke dalam lori, canopy, kerusi, meja periok belanga (sebenarnya tak banyak mana pun).

Begitulah yang perihal yang berlaku yang dilalui oleh pengusaha catering.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Selamat Datang Ke Red Hot Spot

Kami adalah pembekal makanan sejuk beku halal  yang memberi tumpuan lebih kepada western food yang telah diperap (marinade). Anda hanya perlu meletakkannya diatas kuali panas beberapa minit, dan hidangkan dengan sos pelbagai perisa yang juga kami sediakan untuk anda seisi keluarga dan bagi mereka yang ingin berniaga.

Dikelolakan oleh Chef Syazmil

RHS Sirloin Beef Steak

RHS Sirloin Beef Steak

Dengan rasa suka cita kami mempelawa sesiapa sahaja yang berhasrat untuk membuka perniagaan berasaskan western food agar melanggan produk dan servis kami.¬† Bermula dari sebuah gerai………. sehingga berkemampuan untuk mengelola sebuah majlis yang dihadiri oleh 5000 tetamu dan menerima banyak tempahan catering untuk jamuan dan function. Kini kami membawa produk kami kearah yang lebih Produktif , iaitu membekal dalam bentuk frozen yang mana ianya boleh didapati di pasaraya dan pasar mini untuk kemudahan pengguna di rumah. sementara bagi pengusaha restoran dan catering kami akan menghantarnya terus kepada anda.

Posted in Uncategorized | 1 Comment